Damn It

Holla:)

Tahu tak tadi saya kena dakwat pen warna biru. Tadi saya dan kawan kawan pergilah ke kelas Jepun lepastu suruh lah si Nazihah jaga tempat saya.Last last tak dapat Najwa pulak menyemak duduk tempat saya[huh Najwa kenapa awak terlebih jahat dan kenapa awak, Nazihah tak jaga tempat saya awak langsung tak amanah. Nanti kurang pahala baru tahu]. Kalau hajat sendiri tak kesampaian jadi dengan penuh rela [lying] duduklah di sebelah Azrin. Tempat saya masa tu tak ada kerusi jadi saya ternampak kerusi dekat sebelah meja saya. Tanpa membuang masa saya pun ambillah kerus itu sepantas kilat [sampai tak lihat ada dakwat pen kat atas kerusi itu.!]

Tapi yang peliknyer tak rasa basah pun..?. Bila nak bangun sebab nak ambil pen kat bawah meja, kawan kesayangan saya Azrin Baizura terus tersedar ada dakwat pen warna biru dekat baju saya. Lepastu minta kebenaran sensei untuk keluar. Pergi ke tandas sesi pagi basuh+gosok+sabun[nasib baiklah nasib saya terlebih baik pen itu adalah pen basah jadi senaglah basuh+gosok!] Tapi malang datang lagi kekotoran yang menyemak bertandang itu tidak mahu hilang! Jadi saya terpaksa menebalkan muka untuk berjalan depan orang ramai dengan bajunya yang kotor+berdakwat biru! Lepastu pulak jadi pengemis sekolah sebab terlupa nak bawa duit nasib baik Nina dia ada duit syiling jadi mudahlah saya call orang. Pada pukul...sekitar 1.15 barulah emak datang hantar baju and blah... blah....[before that nak ucapkan terima kasih kepada mak cik guard sebab tak tutup pintu belakang itu pun sebab ada alasan  kukuh thank! jasamu..takakan ku lupa.! o.0

P/S: Kepada sesiapa yang telah menumpahkan dakwat pen itu saya dengan jahat hati tidak akan memaafkan awak. Disebabkan awak saya merana kalau ye pun bagilah notice kat kerusi bahawa kerusi itu ade dakwat pen. Kan senang hidup saya!

Terima kasih sebab baca entry ini. KBAI

No comments:

Post a Comment