Best Day Ever

Assalammualaikum...
Jawab salam itu wajib tapi MEMberi salam itu sunat tahu..!Jadi mari mak cik mak cik pak cik pak cik kakak kakak abang abang adik adik.. kita jawab salam ini ramai ramai dan kuat kuat! :")

Tadikan..kan.. saya pergilah ziarah rumah rumah cantik dekat sekitar sarawak nikan. Lawat punya lawat mestilah dapat duit raya... :).[mesti lepas ni berat tabung]. Ehh..sekejap yang ni bukan tajuk sesebenarnya nak saya coretkan, lain tau.

Okay satu dua tiga kita mulakan dari sekarang. Siapa yang habis dulu baca angkat tangan nanti cik dayang yang pemurah ni bagi duit raya! Tadi lepas pergi rumah orang ayah suruh balik rumah nenek je sebab dah penat tapi saya membantah sekuat hati lalu ayah mengajak pergi ke gunung Santubong >.< Hah nak tanya ni awak semua pernah tak pergi atau lihat ke Gunung Santubong?? tak pernah kan..kan..?[ek eleh berlagak nak masuk kuburlah pulak si cik dayang ni padahal baru je first time pergi] Mula mula plan nak pergi ke pantai dia sekali tapi memandangkan masa TERamat amat jeles dengan kami ni sebab baru first time pergi. [saya dan adik beradik saja yang first time pergi]

Saya tertarik nak pergi ke situ sebab orang kata... bukan saya yer..gunung tu sebenarnya manusia yang telah disumpah menjadi gunung disebabkan pentengkaran antara adik beradik iaitu puteri sejinjang dan santubong berebut dengan seorang putera. Lalu mereka berdua disumpah menjadi gunung. Tapi gumung santubong dia ada bentuk rupa badan dia kalau sejinjang pula tiadda macam gunung biasa je. Okay sudah kalau anda nak berita yang lebih tepat dan bagus dan mudah faham pergi seacrh kat yahoo or google. pilih je.saya tak marah! hah pergi sekali tengok gambar dia kalau rajin yer..Sorry saya malas nak letak gambar gunung santubong tu buat tatapan anda semua!
Terima kasih sebab baca entry ini. KBAI

No comments:

Post a Comment