Salam Aidilfitri

HELLO:)

Saya Dayang Nur Syahidah di sini ingin meminta berjuta juta kemaafan daripada anda semua yang baik hati ini. Jadi apa tunggu lagi Ramadhan sudah berakhir syawal pulak menyibuk datang menjelma. Hooorrayyy...sekarang ini dapatlah makan tanpa mengenal masa dan juga mengikut hawa nafsu yang telah menjadi raja di hati.


*Back. Sorry ye kalau saya pernah terkasar bahasa atau tersinggung perasaan anda semua. Secara sengaja atau tidak sengaja..[tapi selalu buat sengaja kot...] Saya juga ingin menyusun 10 jari tangan yang cantik kepunyaan diri saya sebagai bukti [perasan sekejap yer].

Okay sudah kita semua skip pasal kemaafan tu, rasa sedih dah bertandang di hati nanti banjir satu kampung macam mana nak buat?[tipu je padahal tak sedih pun]. Awak semua mesti balik kampungkan..kan..! Saya pun  balik kampung juga dekat sarawak. Awak semua dekat mana? Kalau anda semua naik motorsikal+kereta+kereta api+bas+lori=hati hati di jalan raya nanti accident siapa yang susah saya juga [haha memang sengaja nak tanggung derita orang]. Kepada sesiapa yang naik kapal terbang+kapal laut=anda dapat ke tidak tiket? saya tahun ini bernasib baik dapt juga merasa naik kapal terbang[padahal selalu naik kapal terbang]kalau kapal laut saya tak pernah sesekali pijak kaki ke dalam kapal, [sadis kan..?]

Tapi satu saja yang tak best bila raya. Bunyi mercun dan bunga api tak berhenti henti berbunyi dari bilik saya. Nak tidur pun asyik nak terjaga je. Nasib baik saya tak naik angin tau kalau tak meletup dunia ni sebab jeritan saya yang menyakitkan telinga semua makhluk muka bumi Allah ini.

Terimalah serangkap pantun yang saya copy terus daripada internet.. bacalah,,!

Pantun Hari Raya

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

P/S: Salam aidilfitri ikhlas daripada Dayang Nur Syahidah. Maaf Zahir dan batin.:)






Terima kasih sebab baca entry ini. KBAI

No comments:

Post a Comment