Weird World

Hi! happy morning. have a wonderful day..

Sebelum tu nak tanya anda semua. Korang semua sihat? yelah dah lama dah tak update blog ni! Awak nak tahu masa saya pergi beli baju raya hari sabtu lepas dekat Jusco, semuanya baju design dia buruk nak gila gila! Entah entah baju orang dulu dulu lagi cantik. Saya rasa design dia lebih kurang and secetak dengan design tahun lepas.

Jadi saya cakap dengan emak baju kat sini semuanya buruk buruk. Emak cadang nak tengok baju kat kedai lain.. sebab malas nak pergi ke mall lain[buang minyak kereta and buang masa je mak cakap]. Disebabkan saya anak yang mendengar kata[perasan sekejap] saya pun ikutlah..!

Tengok punya tengok jalan punya jalan tak ada yang menarik hati. Tapi emak tetap tak mahu pergi ke mall lain jadi berhijrah ke kedai lain. Dalam kedai tu [nama kedai tu saya tak ingat sorry] baru saya berkenan! tapi design pun okay jelah tak cantik sangat tapi harga sungguh mahal. Tak berpatutankan..kan..?

P/S: mungkin semua designer yang hebat hebat kat dunia ni dah  tak ada lagi kot.

Terima kasih sebab baca entry ini. KBAI

No comments:

Post a Comment