Nothing to Sorry

Assalammualaikum. Korang nak tahu tak Jumaat punya lepas kan sekolah saya ada buat kem 3 hari 2 malam. Alaa kem beruniform jea beb bukan nya sampai masuk hutan belantara  tah mana terletaknye pun aku tak tahu. Kem nie cikgu cikgu semua terlebih sayang nak tinggalkan  suami and anak tercinta so mereka pun setuju nak buat kat sekolah alasan diorang DEKAT DENGAN RUMAH. Murid muridnya pun sedihh jea muka yelah kalau pergi masuk hutan kan best or tak dapat merasai masuk hutan pun tak apa  kem dekat luar sekolah pun okey gak. Nie tak kat sekolah yang setiap hari kujejak juga yang dia nak buat. Betapa sakitnya hatiku ini.

Nie pasal aktiviti pulak. Hari pertama  kitaorang dipecahkan n dimasukkan ke dalam beberapa group and diberi tugasan yang sangat tak berapa seronok iaitu melukis muka Dayang  logo kumpulan and bincang pasal persembahan untuk malam terakhir nanti. Memang best tahap nak masuk TR. Hari kedua pun best jugak sampai taknak balik rumah dah tau tak.*lying Aktiviti hari kedua ialah masak cheese kek untuk dimakan bersama kumpulan , sukaneka... berlari macam budak tak cukup umur , Membuat anyaman labu sayong and belajar pakai kompas *korank jangan ingat dekat kem takada belajar ye* , ceramah tentang luka *fyi saya tak suka bab luka luka nie ye coz I takut darah and masa ceramah tue I tertidur sampai cikgu menjeling saya tahap nak membunuh.Teruk tak saya nie ?* and pada sebelah malam kitaorang buat persembahan yang seperti saya cakapkan tadi. Kami buat lakonan yang tahapaapa sampai saya pun malu nak mengaku tu kumpulah saya. And The End pasal aktiviti. : )

Okey nak confess dalam banyak banyak aktiviti saya paling suka aktiviti memasak sebab selalunya saya pergi kem masak roti ubi and so on but this kem cikgu suruh kami masak cheesekek korang baca pun terliur kan?
Nasib baik kek kitaorang tak hangus tau and yang tukang masak tu sape lagi kalau bukan Dayang chef no.1 yang tak pandai masak. And ithink sampai sini jela entry nie. Kbai
Saya nak ucapkan 'Hye kepada kulit berbelang dan selamat datang sunblock yg sudah berdebu dalam almari'.


Edit HTML
Terima kasih sebab baca entry ini. KBAI

No comments:

Post a Comment